Thursday, October 6, 2016

Edisi BM : IVF#1 bermula sekarang!

Assalamualaikum!

Period datang pada hari Isnin 03 Oktober (D1). Jadi, call klinik buat appoinment untuk D3 pada hari Rabu, 05 Oktober. Doktor P xada, maka Dr. Agilan ganti. Mula-mula macam nak tangguh bulan depan tetapi selepas diskusi dengan suami, kami membuat keputusan untuk teruskan dengan doktor agilan. Ini kali pertama kami berjumpa dengan dia. Dia scan dan suruh kami buat ujian darah.

Isteri : Ujian darah untuk Hormone dan check untuk Hepatitis
Suami : Ujian darah untuk Hepatitis dan aids (compulsory)

Kami ambil darah jam 1.30pm dan keputusan ujian darah pukul 4.30pm baru tahu. Saya kembali ke pejabat dan dalam jam 4.00pm sy pergi ke klinik semula. Nurse call jam 4.30 dan inform hormone test ok. So boleh mula IVF injection harini. Alhamdulilah! :)

Disebabkan kami sampai terlewat (dalam jam 4.45pm), klinik dah nak tutup. Nasib baik, nurse tunggu juga kerana injection tu kene amk harini jgk. Nurse bg penerangan mengenai cara-cara nak masuk kan cartridge ke dalam puregon pen dan dosage yang di perlukan. Nurse juga ajar cara-cara nak inject ke perut dengan kaedah yg paling minimal sakitnya. (hint : cucuk needle masa tarik nafas. dan letak ais 5-10 min sebelum inject untuk numb kan kawasan tu)

Day 1 : 300 IU Puregon (done)
Day 2 : 300 IU Puregon (done)
Day 3 : 300 IU Puregon (done)
Day 4 : 225 IU Puregon (done)
Day 5 : 225 IU Puregon(done)

Day 6 : Appoinment semula dengan doktor P.

Puregon Pen bersama catridge untuk puregon injection


Lepas injection tu, sy balik naik moto. Sampai rumah, baru perasan bengkak tempat jahit. Dia jadi macam kaler macam purple. Esok nya kami inject di belah kanan (semalam di belah kiri), dan sebelum inject, sy tuam dengan ais. Mmg xrasa sakit dan yg paling penting, tiada bengkak di kawasan injection. So, kami buat kesimpulan, inject di waktu malam, dan lepas inject, terus baring atau jangan buat kerja berat2.

Ada side effect lepas injection? So far, tiada. Cuma disebabkan saya ada endomteriosis, cramp masa period tu masih ada. Walaupun dah makan arcoxia, masih sakit hari ke 5. Selalunya dah xsakit. Xtahu la adakah ini effect puregon atau tidak.

Bagaimana dengan perasaan saya? Rasa nervous, tapi lepas injection yg pertama baru datang perasaan..wow... dah nak start IVF ni! Macam dalam mimpi sebab kami dah tunggu 5 tahun untuk prosedur ini.

Owh bil saya untuk 1st payment , RM6500 . Total bil akan jadi RM 19500 ya kawan2..

Doakan kilang ovari saya response dengan baik melalui puregon injection. :)

No comments:

Post a Comment