Tuesday, October 18, 2016

Edisi BM : IVF#1 Egg Retrieval (ER) / Ooctye Pick Up (OPU)

Assalamualaikum..

Update dari ER on CD15 haritu.

CD 15 (17/10/2016) - ER @ 7am . 6 Eggs Retrieved. On day 3 after ER baru tahu berapa yang matured, berapa yg fertilized, dan berapa yang survive till day 3 sebelum di bekukan. Makan celebrex untuk pain killer dan augmentin antibiotik 2 kali sehari

CD 16 (18/10/2016) - Augmentin 2 x sehari

CD 17 (19/10/2016) - Augmentin 1 biji terakhir. Kesemua pil sudah habes di makan. Alhamdulilah..

Pengalaman ER / OPU

Kami bertolak terlambat sedikit, dalam jam 625am. Kami sampai klinik dalam jam 645am. Park di B2 dan terus ke level 2 tempat ward. Jururawat dengan pantas nya menjelaskan segala step dan prosedur yg akan bermula tepat jam 7.00 am. Doc P sampai dalam jam 650 dan explain sedikit prosedure tetapi dia menjelaskan bahawa dia tidak dapat berjumpa kami semula selepas prosedure kerana ada kursus. Doc anesthetic datang dan menjelaskan lagi prosedur ubat anestetik. Dia inform kami dia akan bagi sedation bukan general anestetik. Mungkin saya akan dengar  bunyi di operating theater tetapi tidak merasakan apa2 kesakitan.



Sedang tekun mendengar penerangan dari Doc Anastetik

Saya tukar baju operation yang ikat kat belakang tu dan tepat jam 7am, saya di tolak ke OT. Masa tu perasaan saya mmg berdebar. Rasa mcm nak tukar fikiran pun ada. Gerun tgk OT sebab keadaan dia sama macam saya operate buang cyst di Pantai dulu. Tiba2 baru rasa nervous dan rasanya jantung saya mesti berdebar2 . Saya di suruh jalan sedikit dari katil untuk ke katil OT dan doc injek sedation tu ada rasa sedikit sakit. Dan ada nurse letak o2 mask dan doc anestetik bgtau kalau rasa mengantuk tidur sahaja. Dalam 5 saat mcm tu saya da pengsan..

Sedar2 saya di tolak keluar OT dan di pindahkan ke katil ward saya. Ramai org buat prosedur harini maka saya kene kongsi bilik dengan pesakit lain. Masa tu rasa mcm sedar x sedar tgk jam dah kol 7.40am. Suami datang dalam kol 8am.. nurse masukkan pil tahan sakit dalam rektum. masa ni rasa mcm nak buang air tapi nurse suruh tahan sampai 1 jam xnak pil tahan sakit tu keluar sekali masa buang air.

Dalam jam 8.30am kami minta breakfast dan dalam jam 9.30 am mcmtu kami da ready nak check out dan jumpa doc di level 6.


Kami pilih roti bakar dan milo untuk breakfast.

Kami di beri MC selama 5 hari dan terus ke level 6 untuk berjumpa nurse. Tidak perlu jumpa doc sebab freeze all dan tiada fresh transfer. Nurse Nabila explain kami dapat 6 egg sahaja. Agak terkejut dengan quantity itu kerana masa scan sebelum tu ada 16 telur. Akan tetapi buat masa sekarang, kami redha sahaja kerana Allah yang tentukan segala-galanya. Kami buat appoinment untuk bertemu isnin depan dan di suruh berjumpa dgn pakar embryologist.

Kami bertemu embryologist dan dia explain kami kena sign form yang mengatakan jikalau kami ditakdirkan bercerai / meninggal, salah seorang dari kami tidak akan tuntut embryo tersebut. Hurm.. saya pun xterpikir apa hukum nya dalam kontek islam, tetapi untuk IVF mmg saya dah semak dan hukumnya tidak haram.

Sepatutnya kami di galakkan untuk membayar embryo freezing tu tetapi setelah di bincangkan, mereka membenarkan untuk bayar keseluruhan nya pada hari Isnin masa appoinment dgn Doc P.

Untuk ketiga2 hari selepas ER /OPU, alhamdulilah, saya tidak mengalami apa2 kesakitan yang melampau. Saya makan celebrex sekali sahaja, dan tidak memakan langsung arcoxia yang saya mintak extra dekat klinik. Rasa bengkak2 tu kadang2 je, dan tiada rasa bloating atau cramp yg melampau. Saya rasa ini disebabkan telur yg di sedut kurang dari 10. Apa2 pun sy bersyukur, sy selamat melalui prosedur ini dan esok saya akan call klinik dan tanya berapa byk telur yg difertilized dan di freezekan.


2 comments:

  1. May Allah ease your journey. I did my IVF there too. I like Dr P a lot but he sure is a busy man! Take care, recuperate, and I hope your 10 embabies are healthy and thriving.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear! He sure is a busy man! Got 2 good embies hopefully its a BFP for me soon!

      Delete