Tuesday, January 3, 2017

Visanne Hari ke - 43

Assalamualaikum semua dan Selamat Tahun Baru!!!!

Alhamdulillah sampai sudah kita ke permulaan baru di tahun 2017. Marilah sama-sama kita doa agar tahun ini di berkati Allah swt dan apa yang dihajati dapat di perkenan oleh-Nya. Amin.

Last post, saya ada update pasal consuming visanne sebagai alternatif untuk berhentikan period. Saya akan kongsikan apa pengalaman ketika penggunaan visanne.

Apa itu visanne?

Visanne 2mg 1 kotak 28 biji

How does this medication work? What will it do for me?

Dienogest belongs to the class of medications called progestins, medications that act like progesterones in the body. Progesterones are female hormones. They are produced by the body and are necessary along with other hormones for normal female sexual development and for the regulation of the menstrual cycle during childbearing years (males also have progesterones, but in low amounts).
Progestins reduce the effects of estrogen on tissues such as the endometrium (lining of the uterus) and the breast. By reducing the growth effect of estrogen on the endometrium, dienogest helps to reduce the pelvic pain experienced by women with endometriosis. Endometriosis is a condition where endometrium-like tissue is found outside the uterus, which causes chronic inflammation.
Basically, visanne adalah hormon sentetik tambahan berbentuk hormon progesteron (hormon perempuan). 

Bagaimana fungsi nya?
-Secara kimianya, saya xberapa pasti bagaimana interaction nya dengan hormon kita. Secara medikal nya, saya di fahamkan oleh doktor saya, (Dr. Hatta), Visanne dapat mengurangkan sakit period dan seterusnya dapat menghentikan cycle period kita. Visanne dikatakan dapat menggantikan / mengambil alih peranan Lucrin sebagai alternative untuk pesakit endo. 


Bagaimana penggunaanya?
-Penggunaannya adalah sebiji sehari (2mg) tablet setiap hari untuk 28 hari (1 cycle). Di sarankan agar pengambilan nya di ambil pada waktu yg sama tiap2 hari.




Pengalaman ketika mengambil vissane
- Side effects
Minggu pertama: Kepala pening (dizziness), Trouble sleeping (susah tidur),
Minggu Kedua dan seterusnya : Berat naik mendadak (~3kg), selera bertambah. Mood swings. Spotting di CD 3-10 (prolong spotting) untuk 2 cycle. Sepatutnya period berhenti terus, tetapi masih ada spotting / bleeding.


- +ve effects (compared to Lucrin)
~Harga jauh lg murah dari Lucrin (Rm130 jika beli di klinik biasa, mungkin percuma di klinik kerajaan),
~ Mudah dihadam. (Lucrin kena cucuk sebulan sekali mengikut jadual. Dan selalunya tempat cucuk sakit dan bengkak pada waktu yg agak lama. Visanne telan sebiji sehari. Simple!


Secara kesimpulannya:
Saya berpuas hati dengan Visanne setakat ni (Day 43). Period pain langsung tiada, maka dapat menghentikan langsung pengambilan Arcoxia (pain killer). Akan tetapi, saya tidak dapat mencapai objektif asal saya mengambil Visanne ----> STOP PERIOD! huhu.. So, saya bimbang dengan spotting saya yang agak lama untuk 2 cycle ini tidak dapat memberikan keputusan yang baik untuk CA 125 saya. Objektif asal pengambilan Visanne adalah untuk menghentikan period supaya uterus saya dapat rehat dan seterusnya mengecutkan adenomyosis saya. Akan tetapi period / spotting tetap datang cuma dia datang dengan tenang (tiada sakit). Oleh itu, saya rasa minggu depan, saya akan minta untuk injection Lucrin untuk 1 kali supaya period dapat di hentikan serta merta. Secara umumnya, tindakbalas reaksi visanne berbeza untuk setiap pesakit. Kita kene cuba dulu baru tahu tahap kesesuaian ubat terhadap badan kita. Insyallah.