Saturday, October 15, 2016

Edisi BM : IVF#1 CD 10 - CD 16 - Esok Egg Retrieval Day

Hari ini CD 16. To update, berikut adalah ubat yang digunakan dari CD 10 hingga CD 16

CD 10 - Puregon 150 IU + Orgalutran (0.25 mg) (done)
CD 11 - Puregon 150 IU + Orgalutran (0.25 mg) (done)
CD 12 - Puregon 150 IU + Orgalutran (0.25 mg) (done)
CD 13 - Suprefact @ 7pm + Ponstan 250mg 1biji x 3 times (done)
CD 14 - Ponstan 250mg 1 biji X 3 times + Augmentin 625mg 1 biji x 2 times (done)

Pada CD 13 (15/10/2016) - appoinment dengan Doktor Natasha jam 11.45am. Doktor P xde so, doktor N ganti. Kami scan kesemua follicle (telur), dan alhamdulilah ada lebih kurang 16 biji. Kebanyakan sudah 14mm - 20mm size in diameter. Sudah hampir matang kata Doc N. Takut risiko OHSS kerana bilangan telur yang melebihi 12 (mengikut Doc N). Maka, Doc N telah membuat keputusan untuk freeze all. Ya, bekukan kesemuanya. Tiada fresh transfer.

Sebenarnya, Doc P tidak ada consult untuk freeze cycle ni. Malah dia lebih menggalakkan untuk berbuat fresh transfer. Akan tetapi telur saya banyak, dan dinding uterus sy tidak berapa cantik kata Doc N. Maka, freeze them all! :( sigh.. ada lah hikmah nya..saya terima saja. Sy tny berapa lama kene tunggu untuk frozen embyo transfer (FET) ? Paling cepat 2 cycle menstural dan saya buat calculation paling cepat pun, bulan disember.

Xpelah, apa lah sangat 2 bulan memandangkan kami telah tunggu 5 tahun kan? Maka ER (egg retrieval) / OPU (ooctye pick up) di tentukan pada CD 15 @7 am. Selepas berjumpa doc N, kami ke level 2 untuk register ward. Saya di suruh berpuasa air dan makanan dari jam 12 pm sehinggalah prosedur ER selesai. Kami disuruh sampai ward by 6.30am tanpa memakai sebarang wangian , contact lens ataupun barang kemas.

Selepas registration kami ke level 6 semula untuk mengambil ubat. Sepatutnya bayaran terakhir RM7250. Akan tetapi disebabkan telur akan di bekukan, maka ada additional cost untuk freezing.

1) 1 -4 embyo + thawing cost
(RM 1749 + 600) = RM 2349

1) 5-8 embyo + thawing cost
(RM 2544 + 600) = RM 3144

Untuk pakej, harga 2 telur sudah dimasukkan didalam harga pakej. Maka selebihnya, additional embyo kena tambah sendiri lah ya.

Persiapan sehari sebelum OPU:

1) Kemas rumah + buat laundry
2) Beli groceries (ingat nak masak sup ikan merah day 1 dan ikan siakap stim day 2)
3) Bukakan kesemua barang kemas (rantai je pun hehe)
4) Makan ubatan2 yang di sarankan
5) Puasa starts at 12pm tapi pukul 10 sy da berehenti makan dan minum
6) Tidur awal @ 10.30pm.. dan try bangun jam 5 untuk mandi dan solat sunat / subuh

Doakan ER kesemuanya selamat dan tiada OHSS selepas prosedur. Insyallah saya akan update lagi blog ni selepas ER esok.

Wish me luck! :)

No comments:

Post a Comment