Showing posts with label Puregon. Show all posts
Showing posts with label Puregon. Show all posts

Saturday, October 15, 2016

Edisi BM : IVF#1 CD 10 - CD 16 - Esok Egg Retrieval Day

Hari ini CD 16. To update, berikut adalah ubat yang digunakan dari CD 10 hingga CD 16

CD 10 - Puregon 150 IU + Orgalutran (0.25 mg) (done)
CD 11 - Puregon 150 IU + Orgalutran (0.25 mg) (done)
CD 12 - Puregon 150 IU + Orgalutran (0.25 mg) (done)
CD 13 - Suprefact @ 7pm + Ponstan 250mg 1biji x 3 times (done)
CD 14 - Ponstan 250mg 1 biji X 3 times + Augmentin 625mg 1 biji x 2 times (done)

Pada CD 13 (15/10/2016) - appoinment dengan Doktor Natasha jam 11.45am. Doktor P xde so, doktor N ganti. Kami scan kesemua follicle (telur), dan alhamdulilah ada lebih kurang 16 biji. Kebanyakan sudah 14mm - 20mm size in diameter. Sudah hampir matang kata Doc N. Takut risiko OHSS kerana bilangan telur yang melebihi 12 (mengikut Doc N). Maka, Doc N telah membuat keputusan untuk freeze all. Ya, bekukan kesemuanya. Tiada fresh transfer.

Sebenarnya, Doc P tidak ada consult untuk freeze cycle ni. Malah dia lebih menggalakkan untuk berbuat fresh transfer. Akan tetapi telur saya banyak, dan dinding uterus sy tidak berapa cantik kata Doc N. Maka, freeze them all! :( sigh.. ada lah hikmah nya..saya terima saja. Sy tny berapa lama kene tunggu untuk frozen embyo transfer (FET) ? Paling cepat 2 cycle menstural dan saya buat calculation paling cepat pun, bulan disember.

Xpelah, apa lah sangat 2 bulan memandangkan kami telah tunggu 5 tahun kan? Maka ER (egg retrieval) / OPU (ooctye pick up) di tentukan pada CD 15 @7 am. Selepas berjumpa doc N, kami ke level 2 untuk register ward. Saya di suruh berpuasa air dan makanan dari jam 12 pm sehinggalah prosedur ER selesai. Kami disuruh sampai ward by 6.30am tanpa memakai sebarang wangian , contact lens ataupun barang kemas.

Selepas registration kami ke level 6 semula untuk mengambil ubat. Sepatutnya bayaran terakhir RM7250. Akan tetapi disebabkan telur akan di bekukan, maka ada additional cost untuk freezing.

1) 1 -4 embyo + thawing cost
(RM 1749 + 600) = RM 2349

1) 5-8 embyo + thawing cost
(RM 2544 + 600) = RM 3144

Untuk pakej, harga 2 telur sudah dimasukkan didalam harga pakej. Maka selebihnya, additional embyo kena tambah sendiri lah ya.

Persiapan sehari sebelum OPU:

1) Kemas rumah + buat laundry
2) Beli groceries (ingat nak masak sup ikan merah day 1 dan ikan siakap stim day 2)
3) Bukakan kesemua barang kemas (rantai je pun hehe)
4) Makan ubatan2 yang di sarankan
5) Puasa starts at 12pm tapi pukul 10 sy da berehenti makan dan minum
6) Tidur awal @ 10.30pm.. dan try bangun jam 5 untuk mandi dan solat sunat / subuh

Doakan ER kesemuanya selamat dan tiada OHSS selepas prosedur. Insyallah saya akan update lagi blog ni selepas ER esok.

Wish me luck! :)

Tuesday, October 11, 2016

Edisi BM : IVF#1 - CD 9 (update)

Alhamdulilah.. diam x diam, dah Day - 9. Update from CD 8- CD 9

CD 8 - Puregon 200 IU (done) + Orgalutran 0.25mg (done)
CD 9 - Puregon 200 IU (done) + Orgalutran 0.25mg (malam ni)

Appoinment Dr. P (10/10/2016) - Scan telur, alhamdulilah, telur ada sebesar 8mm, dan dpat kira dalam 4-5 biji setiap ovari. Dr P turunkan stimulan dosage ke 200IU tp tambah satu lg ubat Orgalutran untuk elakkan dari ovulasi / telur menetas .

Antara kesan sampingan ubat yg sy alami

CD 3 (05/10/2016)- masa day 1 sy cucuk, bengkak tempat cucuk mcm kaler ungu, esok lusa jadi kuning. Tp 1 tempat je yg kne. Lepas tu xada sebab xnaik motor / buat keje berat lepas cucuk

CD 8 (08/10/2016) - Hari yang sangat cramp! masa ni, period dah habis. Tp disebabkan endo, cramp period pain tu masih ada. Whatsapp nurse pg tu, dia advise amk paracetomol 2 biji. Mula2 lega. Tp datang balik cramp. Makan lg 2 biji sambil msg nurse untuk minta tnykan doc kalau boleh amk arcoxia. Nurse  reply lmbat jg, sbb tunggu reply Dr. P. Dr, ckp boleh makan arcoxia sebiji.
Kol 3pg, terjaga sebab perut sakit sangat (cramps), amk arcoxia sebiji. Ubat mula rasa sejam kemudian. Baru boleh terlelap sampai pagi. Alhamdulilah, sepanjang hari esoknya, tiada cramps. :)

CD 10 (10/10/2016) - Discharge kaler clear banyak sangat. Tanya doc, dia ckp maknanya nak ovulasi sebab telur bertindak balas dgn ubat stimulan.

Esok ada appoinment untuk tentukan tarikh untuk Egg pick up / retrieval. Mungkin hari ahad 16/10/2016 atau mungkin hari selasa (18/10/2016). Kalau hari ahad, ada caj extra sebab doc kene OT dalam RM 2++ (tidak termasuk dgn harga pakej)

Nervous tunggu doc bg tarikh esok. ;)

Bil untuk 2 x bayar :
Bil 1st payment + 2 additional test untuk hepatitis dan hiv (compulsory xmasuk pakej)


Bil 2nd payment

Thursday, October 6, 2016

Edisi BM : IVF#1 bermula sekarang!

Assalamualaikum!

Period datang pada hari Isnin 03 Oktober (D1). Jadi, call klinik buat appoinment untuk D3 pada hari Rabu, 05 Oktober. Doktor P xada, maka Dr. Agilan ganti. Mula-mula macam nak tangguh bulan depan tetapi selepas diskusi dengan suami, kami membuat keputusan untuk teruskan dengan doktor agilan. Ini kali pertama kami berjumpa dengan dia. Dia scan dan suruh kami buat ujian darah.

Isteri : Ujian darah untuk Hormone dan check untuk Hepatitis
Suami : Ujian darah untuk Hepatitis dan aids (compulsory)

Kami ambil darah jam 1.30pm dan keputusan ujian darah pukul 4.30pm baru tahu. Saya kembali ke pejabat dan dalam jam 4.00pm sy pergi ke klinik semula. Nurse call jam 4.30 dan inform hormone test ok. So boleh mula IVF injection harini. Alhamdulilah! :)

Disebabkan kami sampai terlewat (dalam jam 4.45pm), klinik dah nak tutup. Nasib baik, nurse tunggu juga kerana injection tu kene amk harini jgk. Nurse bg penerangan mengenai cara-cara nak masuk kan cartridge ke dalam puregon pen dan dosage yang di perlukan. Nurse juga ajar cara-cara nak inject ke perut dengan kaedah yg paling minimal sakitnya. (hint : cucuk needle masa tarik nafas. dan letak ais 5-10 min sebelum inject untuk numb kan kawasan tu)

Day 1 : 300 IU Puregon (done)
Day 2 : 300 IU Puregon (done)
Day 3 : 300 IU Puregon (done)
Day 4 : 225 IU Puregon (done)
Day 5 : 225 IU Puregon(done)

Day 6 : Appoinment semula dengan doktor P.

Puregon Pen bersama catridge untuk puregon injection


Lepas injection tu, sy balik naik moto. Sampai rumah, baru perasan bengkak tempat jahit. Dia jadi macam kaler macam purple. Esok nya kami inject di belah kanan (semalam di belah kiri), dan sebelum inject, sy tuam dengan ais. Mmg xrasa sakit dan yg paling penting, tiada bengkak di kawasan injection. So, kami buat kesimpulan, inject di waktu malam, dan lepas inject, terus baring atau jangan buat kerja berat2.

Ada side effect lepas injection? So far, tiada. Cuma disebabkan saya ada endomteriosis, cramp masa period tu masih ada. Walaupun dah makan arcoxia, masih sakit hari ke 5. Selalunya dah xsakit. Xtahu la adakah ini effect puregon atau tidak.

Bagaimana dengan perasaan saya? Rasa nervous, tapi lepas injection yg pertama baru datang perasaan..wow... dah nak start IVF ni! Macam dalam mimpi sebab kami dah tunggu 5 tahun untuk prosedur ini.

Owh bil saya untuk 1st payment , RM6500 . Total bil akan jadi RM 19500 ya kawan2..

Doakan kilang ovari saya response dengan baik melalui puregon injection. :)