Sunday, October 23, 2016

Edisi BM : IVF#1 Alhamdulilah 2 embrio berjaya di bekukan

Assalamualaikum..

Harini ada appoinment berjumpa Doc P td. So far yang di bincangkan ada lah report dari embriologist.

Di hari OPU / ER - Dari 10 yang di scan, hanya 6 yang dapat di sedutkan dari ovari.
- Dari 6, hanya 4 sahaja yang matang, 2 lagi tidak matang
- Dari 4, semua di senyawakan melalui ICSI. Telur di biarkan membahagikan sel selama 3 hari
-  Di hari Day 3, hanya 2 sahaja yang dapat di selamatkan. Gred 2 *tp doc P ckp,jarang mereka bagi gred 1. So far, telur membahagi dengan 8 sel dan diyakini gred yang bagus untuk disenyawakan nanti

Lebih kurang sistem grading untuk embryo


Jadi, 2 persoalan yang bermain2 di minda kami sebelum appoinment doc

Soalan 1 : Bila hari FET (frozen embryo transfer) ?
Minimum sepatutnya 2 kali period baru boleh mula monitor untuk FET. FET akan dilakukan secara natural (jikalau hormon / badan saya izinkan) . Ini bermakna tiada ubatan di perlukan untuk merangsang hormon. 
So tarikh yang terdekat sepatutnya bulan nov kerana saya dah dapat period saya awal untuk bulan oct. 

Soalan 2 : Berapa jumlah embryo yang perlu di transferkan? 2 atau 1 ?
Secara pandangan medikal, berdasarkan umur saya 34, risiko yang tinggi jika saya mengandung kembar. Maka sepatutnya single transfer sahaja. Akan tetapi jikalau mengikut statistik, double embryo transfer menjadikan 60% chances untuk pregnant. Daripada 60%, 15% sahaja berakhir dengan kembar. So doc P beri saya masa untuk membuat keputusan ini. 

Jika ikut kemampuan kewangan, jikalau saya transfer 2 telur, ianya termasuk dengan harga pakej. Maka saya hanya perlu tambah untuk consultation, blood test, etc2 (read : cost yang rendah)..  Jikalau transfer 1, maka untuk transfer 1 lagi, saya mesti sediakan lebih kurang RM4k ++ begitu untuk next transfer (read : kos tambahan).

Jika ikut kemampuan statistik, kemungkinan besar untuk kembar sangat lah rendah; dalam 15%. Akan tetapi, jika transfer 2 embryo, peratusan untuk menjadi pregnancy meningkat kepada 60%. Jika saya tergolong dalam 15%, maka saya termasuk dalam chosen one by Allah untuk mengandung kembar. Tetapi untuk live birth (mengandung sampai melahirkan), peratusan nya turun lagi. Selalu nya risko melahirkan awal sangat tinggi kerana uterus tidak secara semula jadi di sediakan untuk tampung 2 embryo. Tetapi ini semua kuasa ALLAH. Kita hanya merancang dia MAHA BIJAKSANA LAGI MAHA MENGETAHUI.

Kemudiannya, ada plot twist lagi....

Secara umumnya, saya memang ada adenomyosis. CA 125 test result pun sangat tinggi masa sebelum saya memulakan IVF prosedur. Doc P risau inflammation dari adenomyosis saya akan mengganggu penempelan embryo nanti. Maka, di sarankan untuk mengambil test CA125 sekali lagi lepas period dan jika result sangat tinggi, saya diminta untuk memulakan suntikan lucrin. Untuk berapa lama, xsure. Rasanya sampai CA 125 turun di tahap yang memuaskan. (anggaran 3 bulan begitu- Nov, Dec, Jan -Feb baru period dtg semula). So, memandangkan Pantai- AIA insurance cover under company, untuk blood test dan suntikan lucrin, maka saya inform doc P yang saya akan buat semua blood test and suntikan lucrin di sana. Dia bersetuju cuma setiap result akan di bawa ke klnik untuk di evaluate. Maka saya akan pergi Pantai Hospital untuk melalui blood test CA 125. (*save RM disini) dan kita akan tengok keputusan itu macamana nanti.
Suntikan lucrin adalah lebih kurang RM1k untuk 1 suntikan. Saya memerlukan 3 suntikan (anggaran - RM3k ++ )

Its ok.. Just another journey with 1001 crossroads :).

Sentiasa berdoa agar di permudahkan segalanya nanti.. Amin..

2 comments: