Monday, November 21, 2016

CA 125 & Vitamin D Blood Test

Assalamualaikum semua...

Terima kasih di atas komen dan kawan baru (dari whatsapp! :) ) yg saya terima daripada pembaca blog ini. Alhamdulilah saya masih lg menunggu tarikh sesuai utk FET tp memandangkan akhir tahun pun dah menghampiri, maka kami ambil keputusan untuk transfer embryo tahun hadapan.

Result CA 125 & Vitamin D.

Di post terakhir saya, sy ada menulis bahawa Dr P. memerlukan keputusan CA125 sebelum memulakan FET. Jadi, sy pun buat test di Hospital Pantai dan keputusan CA 125 adalah 63.8 U/mL (normal range 0 - 35.0) dan Vit D (test ini adalah initiatif sendiri) 45 nmol/L (defiency <50). 

Result CA 125 sebenarnya memeranjatkan saya sbb sy pernah amk test tu bulan 2 aritu, dan result nya 128U/mL. So nmpaknya ada penurunan yg mendadak disini. Mungkin, waktu amk test pun penting. Macam masa test bln 2, sy buat test tu masa sy ovulate. Dan result baru2 ni sy buat seminggu lepas ovulate. Result ni mcm good news utk sy. Sy send wassap gambar result sy kt nurse Dr. P dan mtk Dr. P advise utk brapa lama perlu cucuk lucrin. Doc P advise buat lucrin sebulan dan repeat test ca125 lepas sebulan.

Since lucrin cover AIA kt hospital pantai, saya pn buat appoinment dgn doc hatta dan dia suggest stopkan period utk 3 bulan. Kalau ikutkan, boleh je nak 1 bulan atau 3 bulan ke. Sy simpulkan disini, its up to us sebenarnya. kalau kita nak cepat, kita buat sebulan je. kalau nak lambat sket, kita amk 3bulan. Lucrin bukan cure utk endo pun. Just utk dpatkan result blood test yg terbaik sebelum FET. Sy tny doc Hatta mengenai pil Visanne. (ha yang ni kene different post altogether nnt) dan dia terangkan bahawa, vissane tidaklah 100% utk semua org. Sebab ada org, badan dia sesuai  dan ada org bdn dia xberapa sesuai. Tp dia masih memberikan sy option utk mencuba vissane. Reason sy tanya pasal visanne adalah harga! Secucuk lucrin dalam RM 5++ manakala sebulan vissanne (28 biji) baru dalam RM2++. So since sy nak cut cost, sy opt utk vissane. So harini dah 5 hari consume vissane. Sy berdoa agar pil ni efektif dalam menurunkan CA 125 sy. insyallah.

Vitamin D... sangatlah defiency (kekurangan!) Maka sy terpaksa consume pil Vitamin D semula 1000iu (2 tabs 2 kali sehari = 4 tablets). 1 je sy xberapa suka dgn side effect vitamin D (+calcium) , sembelit. so kene byk minum air, dan makan buah!

Update : Consume vissane for 28 days and we will see if my body will accept or reject it. If its good, will prolong usage until 3 months and repeat test after that. Or else, will go back to Lucrin injections. 
Result CA 125 dan Vit D